100,000 pekerja Malaysia di Singapura terima vaksin Covid-19 fasa kedua - Utusan Malaysia

100,000 pekerja Malaysia di Singapura terima vaksin Covid-19 fasa kedua

HASNI Mohammad (tengah) melihat buah pisang Raja Udang ketika melawat gerai pameran sambil diperhatikan oleh Samsilbari Jamali (kanan) sempena Majlis Pelancaran Program Mentor Mentee All Cosmos di Peladang Daerah Pontian di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Benut, Pontian, Johor. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Seramai 100,000 rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dijangka menerima suntikan vaksin Covid-19 menerusi fasa kedua pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, perkara itu diputuskan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) baru-baru ini.

Beliau berkata, ketika ini satu sistem sedang dibangunkan bagi membolehkan golongan berkenaan mendaftar bagi mengikuti program itu.

“MOSTI menerusi satu program khas setuju untuk beri vaksin kepada mereka yang bekerja di Singapura. Secara keseluruhannya, dianggarkan seramai 400,000 pekerja yang berulang alik setiap hari.

“Tetapi pada peringkat awal ini, kementerian (MOSTI) akan ketepikan vaksin untuk 100,000 orang dahulu,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Mentor Mentee Pertubuhan Peladang di Daerah Pontian yang diadakan di Parit Dahlan, Benut, di sini hari ini.

Yang hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri, Datuk Samsolbari Jamali dan Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Johor, Datuk Sawalludin Ahmad.

Menurut Hasni, langkah itu membolehkan seramai 100,000 pekerja Malaysia di Singapura menerima suntikan vaksin Covid-19 seiring dengan golongan warga emas dan berpenyakit kronik.

“Pemberian suntikan vaksin Covid-19 bagi fasa pertama berakhir April ini, seterusnya pelaksanaan fasa kedua dilakukan selepas itu.

“Saya berterima kasih kepada kerajaan kerana prihatin dan memahami keperluan untuk meningkatkan semula ekonomi khususnya di Johor dengan membolehkan rentas sempadan dilakukan.

“Langkah ini diharap dapat membantu mempercepat semula pembukaan sempadan sekali gus melonjakkan kembali sektor ekonomi di negeri Johor,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau menasihati masyarakat untuk sama-sama mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 bagi menjayakan usaha mengekang penularan pandemik Covid-19.

“Saya sendiri telah menerima suntikan berkenaa, dan sehingga hari ini semuanya baik sahaja,” katanya lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.