Wau pungguk makin terpinggir, pupus? - Utusan Malaysia

Wau pungguk makin terpinggir, pupus?

MOHAMMAD Khairi Ahmad menunjukkan koleksi wau pungguk yang dihasilkan di kediamannya di Pekan, Pahang. – UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN: Wau pungguk yang merupakan permainan tradisi Melayu di negeri ini suatu ketika dahulu seolah-olah makin dipinggirkan dan tidak mustahil akan lenyap ditelan zaman.

Pengerusi Persatuan Wau Sri Wangi Pekan, Mohammad Khairi Ahmad berkata, sehingga kini belum ada usaha diambil bagi memartabatkan wau pungguk yang merupakan permainan berasal dari Pekan.

“Wau ini berasal dari Pahang dan bermula dari Pekan. Menerusi cerita orang dulu, wau pungguk mula dimainkan sewaktu zaman Sultan Pahang yang ketiga, Sultan Abdullah alMu’tassim Billah Shah.

“Kini wau tradisi Pahang ini semakin dipinggirkan kerana usaha mengangkatnya seolaholah dipandang sepi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Menceritakan bagaimana menghasilkan wau pungguk, katanya, ia diperbuat daripada buluh, rotan dan batang pokok pinang atau nibong.

“Tulang tengah dan busur dibuat daripada batang pokok nibong atau pinang, buluh pula digunakan sebagai rangka utama wau manakala rotan dijadikan aksesori tambahan seperti kepala dan bahagian hujung kepak yang dipanggil simba.

“Wau pungguk mempunyai gandar di bahagian kepala dan ‘wajib’ ada ekor yang panjang. Ia boleh menghasilkan bunyi dengung seperti gesekan biola ketika diterbangkan,” katanya.

Jelasnya, bunyi itu terhasil menerusi gandar atau busur.

Menurutnya, ciri dan reka bentuk bergantung kepada dari negeri mana ia berasal manakala keunikannya adalah berdasarkan warna dan seni lukisan yang dipaparkan pada muka wau.

Beliau berharap pihak berkenaan khususnya kerajaan negeri serius memartabatkan wau pungguk sebagai permainan tradisi Pahang.

“Tidak ramai yang memiliki kemahiran menghasilkan wau ini (pungguk),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.