UMNO jangan ego tolak lantikan TPM - Utusan Malaysia

UMNO jangan ego tolak lantikan TPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kepemimpinan tertinggi UMNO perlu bersetuju lantikan Timbalan Perdana Menteri (TPM) dalam kalangan parti itu demi memperkasakan semula hala tuju parti menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata, UMNO perlu mengutamakan survival politik Melayu Islam, justeru, penerimaan jawatan TPM itu boleh menghalang pertembungan tiga penjuru antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Menurut beliau, jika berlaku pertembungan itu, UMNO tidak mampu lagi untuk bangkit dalam persada politik tanah air selepas tersungkur pada PRU lalu dan kali pertama dalam sejarah 60 tahun pemerintahan negara.

“Sekiranya UMNO menjawat jawatan TPM, ahli-ahli akar umbi berkeyakinan tinggi untuk menghadapi PRU-15 kerana kedudukan mereka lebih terjamin.

“Pada masa sama, ia akan menamatkan spekulasi wujudnya usaha untuk UMNO menjalinkan kerjasama dengan PH yang mana kebanyakan rakyat Melayu tidak boleh terima hal ini,” katanya di sini semalam.

Kelmarin, beberapa pihak meminta UMNO supaya terima sahaja lantikan TPM yang akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi malam ini.

Sebelum ini, pelbagai pihak mendakwa Perdana Menteri akan memilih sama ada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atau Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai TPM.

Bagi mencapai kata sepakat, Ismail Sabri dan Hishammuddin dibenarkan mengadakan perbincangan terlebih dahulu sebelum menyerahkan kepada Muhyiddin membuat keputusan muktamad.

Bagaimanapun calon TPM berkenaan perlu mempunyai kewibawaan untuk menyelesaikan persengketaan yang wujud dalam UMNO agar dapat menjamin kestabilan kerajaan PN.

Dalam pada itu, beliau menyokong penuh pelaksanaan Darurat ketika ini sekali gus meredakan suhu politik negara demi menumpukan usaha kerajaan dalam menangani wabak Covid-19. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya