Tommy Thomas disiasat - Utusan Malaysia

Tommy Thomas disiasat

TOMMY THOMAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis Selangor memaklumkan satu kertas siasatan telah dibuka terhadap bekas Peguam Negara, Tommy Thomas kerana memfitnah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, pihaknya akan memanggil Tommy Thomas secepat mungkin untuk merakam percakapan.

“Laporan polis ini diterima di Cyberjaya berhubung penerbitan buku berjudul ‘My Story: Justice in the Wilderness’ oleh bekas Pegawai Kanan, Jabatan Peguam Negara, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria semalam.

“Oleh demikian, kertas siasatan telah dibuka dan akan disiasat dibawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah. Setakat ini, hanya satu laporan polis diterima di Selangor,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Mohamad Hanafiah dalam laporan polisnya berkata, halaman 248 telah memfitnah dan memburukkan imejnya sebagai penjawat awam kanan ketika itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.