Tentera redah selut pasang kawat duri di Teluk Intan - Utusan Malaysia

Tentera redah selut pasang kawat duri di Teluk Intan

Anggota tentera dari Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja, Kem Syed Putra, Ipoh meredah selut ketika memasang kawat duri merentangi anak Sungai Bidor di sekitar kawasan asrama, kilang dan tapak binaan Central Medicare di Teluk Intan, semalam. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Anggota tentera terpaksa meredah selut dalam anak sungai ketika memasang kawat duri di sekitar kawasan asrama, kilang dan tapak binaan Central Medicare, di sini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akibat Covid-19 selama dua minggu bermula semalam.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, kerja pemasangan kawat dilakukan anggota tentera dari Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja, Kem Syed Putra, Ipoh bermula pukul 9 pagi di sekitar kawasan berkenaan yang terletak di Jalan Changkat Jong.

Difahamkan, kawat duri dipasang di sekitar kawasan berkenaan termasuk yang merentangi anak Sungai Bidor, bagi mengelak pekerja di kilang berkenaan daripada keluar dari kawasan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ini berikutan di bahagian belakang kilang berkenaan ada laluan menuju ke kawasan hutan.

Tinjauan juga mendapati, sekitar kawasan berkenaan lengang daripada sebarang aktiviti termasuk pergerakan orang ramai.

Kelmarin, kluster tempat kerja mencetuskan peningkatan mendadak kes Covid-19 di Perak hingga menyebabkan negeri ini buat pertama kali mencatat kes harian tertinggi dengan 1,215 kes daripada 3,297 kes yang dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster Jalan Changkat Jong di sini merekodkan 1,046 kes positif atau 86.1 peratus daripada jumlah kes di Perak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×