Skandal MARA : bekas CEO bergelar Datuk didakwa 22 pertuduhan  - Utusan Malaysia

Skandal MARA : bekas CEO bergelar Datuk didakwa 22 pertuduhan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bergelar Datuk Bakal Berhadapan 22 Pertuduhan Rasuah Skandal Pembelian Hartanah oleh MARA Inc. di Dudley International House, Australia.

Pertuduhan akan dilakukan terhadap Datuk berusia 65 tahun itu  di Mahkamah Sesyen Rasuah Kuala Lumpur Jumaat ini.

Memberitahu Utusan Malaysia, sumber berkata,  22 pertuduhan tersebut dilakukan dibawah Seksyen 16 (a), Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM)  2009 dan seksyen 2(4) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2010.

“Suspek dikatakan telah menerima rasuah sebanyak RM33.45 juta hasil pembelian hartanah di Australia oleh MARA Inc. 

“Siasatan SPRM bermula setelah pendedahan dibuat oleh portal The Sydney Morning Herald yang melaporkan seorang individu rakyat Malaysia yang bermastatutin di Australia telah didakwa atas tuduhan merasuah seorang pegawai warga asing.

“Selain empat lagi tuduhan akaun palsu berkaitan penjualan blok penginapan pelajar Dudley House di Melbourne kepada Mara Incorporated,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Kata beliau, Datuk terbabit ditahan kira-kira pukul 1130 pagi ini di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya dan beliau akan dihadapkan ke mahkamah jenayah rasuah Jumaat ini dengan 22 pertuduhan rasuah.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya