Serangan penyakit, serangga lebih serius - Utusan Malaysia

Serangan penyakit, serangga lebih serius

MUHAMAD Sanusi Md. Nor mendakwa ada pihak cuba tidak menjual beras kepada Kedah sebagai antara usaha menghalang usaha pengenalan Beras Kedah. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kebanyakan pesawah di sini mendakwa pengeluaran hasil padi pada musim ini berkurangan antara 15 hingga 20 peratus berbanding musim lalu.

Pesawah mendakwa, ini disebabkan serangan penyakit dan serangga lebih serius.

Pesawah, Aziz Abd. Rahman, 51, dari Kampung Padang Luar di sini berkata, kebiasaannya tuaian padi pada musim kemarau berkurangan disebabkan pokok padi lebih mudah diserang penyakit dan serangga berbanding pada musim hujan.

Bagaimanapun katanya, serangan penya kit dan serangga lebih serius walaupun mereka menggunakan benih padi sah dikeluarkan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

Menurutnya, pihak pengilang pula membuat potongan pemutuan padi antara 20 hingga 25 peratus pada musim ini.

“Saya mengusahakan padi di kawasan seluas 0.576 hektar dan musim lalu, saya dapat menuai 4,400 kilogram padi namun musim ini 3,600 kilogram sahaja,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Mohd. Bakri Mohd. Ariffin, 43, pula berkata, dia menggunakan benih padi MR197 yang dikeluarkan MADA di kawasan seluas 0.864 hektar namun hasil yang diperoleh berkurangan.

Katanya, keadaan tersebut berlaku kerana sera ngan penyakit dan serangga yang merosakkan pokok dan padi.

“Antaranya penyakit hawa bulir bakteria, penyakit hawar daun bakteria, karah padi, bena perang dan padi angin,” katanya.

Seorang lagi pesawah, Ahmad Hisham, 44, berkata, dia mula menanam padi seluas 0.864 hektar pada November lalu dan mulai dituai kelmarin.

Katanya, pengeluaran padi merosot disebabkan tanaman tersebut mudah diserang penyakit dan serangga.

“Saya membelanjakan lebih RM500 untuk membeli pelbagai jenis racun bagi mengawal ancaman penyakit dan serangga dari awal tanam sehingga pokok padi berbuah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN