Rasuah bulanan bocor maklumat sindiket dadah, 2 polis antara 4 direman - Utusan Malaysia

Rasuah bulanan bocor maklumat sindiket dadah, 2 polis antara 4 direman

DUA anggota polis masing-masing berpangkat Asisten Superintenden dan Lans Koperal antara empat individu yang direman SPRM di Mahkamah Majistret Georgetown, Pulau Pinang pagi ini bagi membantu siasatan kes rasuah.-UTUSAN/MUHAMMAD FIRDAUS AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintenden (ASP) berusia 43 tahun direman dua hari bagi membantu siasatan berhubung rasuah bulanan untuk membocorkan maklumat berhubung sindiket pengedaran dadah di negeri ini sejak beberapa tahun lalu. 

Turut direman selama dua hari ialah seorang lagi anggota polis berpangkat Lans Koperal berusia 40 tahun dan seorang kakitangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berusia 36 tahun. 

Sementara itu, ahli perniagaan berusia 29 tahun pula direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes sama. 

Perintah tahanan reman terhadap keempat-empat suspek itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Georgetown, Muhammad Azam Md. Eusoff di sini pagi ini. 

Terdahulu, kesemua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret di sini kira-kira pukul 10.30 pagi dengan memakai pakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan diiringi pegawai SPRM. 

Difahamkan, keseluruhan nilai rasuah melibatkan kesemua suspek itu berjumlah RM500,000 dan kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.