NIIS: Puad aju empat soalan kepada PM - Utusan Malaysia

NIIS: Puad aju empat soalan kepada PM

PUAD ZARKASHI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa menjawab empat soalan berkaitan kontrak membangunkan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIIS) untuk Jabatan Imigresen yang bernilai RM1.159 bilion.

 Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, empat soalan itu ditujukan kepada Muhyiddin kerana beliau adalah Perdana Menteri selain menantu beliau turut dikaitkan  dalam projek tersebut.

Beliau berkata, IRIS Corporation Bhd. telah mengumumkan di Bursa Malaysia bahawa mereka telah meraih kontrak membangunkan NIIS menerusi Surat Tawaran Projek (LOA) bertarikh 29 Januari lalu daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Menantu lelaki beliau, Datuk Adlan Berhan adalah rakan kongsi IRIS, manakala anak lelaki (Tan Sri) Vincent Tan adalah pemilik majoriti saham IRIS. Justeru, ada empat soalan yang Muhyiddin kena jawab segera dan sejujurnya.

“Pertama, apakah benar menantu Perdana Menteri pemilik majoriti saham S5 System Sdn. Bhd., kedua, apakah benar S5 System adalah rakan kongsi IRIS (kerana) IRIS menggunakan konsortium untuk melobi kontrak itu dan S5 adalah pemain utamanya,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook miliknya di sini, hari ini.

 Selain itu, Mohd. Puad berkata, Muhyiddin juga perlu menjawab sama ada benar atau tidak anak Vincent sebagai pemegang majoriti saham IRIS membeli saham tersebut selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Malah, kata beliau, Perdana Menteri juga perlu menjelaskan mengapa projek mega NIIS tersebut diluluskan secara tergesa-gesa dalam tempoh darurat ketika ini.

“Muyhiddin juga perlu menjawab kerana pada 11 Disember 2018, beliau selaku Menteri Dalam Negeri kerajaan Pakatan Harapan telah membatalkan kontrak NIIS yang sudah diberi kepada Prestariang pada Ogos 2017. 

“Kemudian Muhyiddin minta proposal baru ‘request for proposal’ (RFP) pada tahun 2019. Ini memberi peluang syarikat yang ada kaitan dengan menantunya melobi dan membida, sebab itu Muhyiddin kena jawab. 

“Jangan membisu, jangan autokratik dan jangan guna darurat serta gantung Parlimen sebagai muslihat untuk buat perkara lain kerana banyak yang rakyat mahu tahu termasuk tindakan saman oleh Prestariang yang menuntut ganti rugi sebanyak RM732 Juta. (Dalam hal ini) Surahanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mesti berani menyiasat,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya