Lantikan TPM UMNO sekat pertembungan tiga penjuru - Utusan Malaysia

Lantikan TPM UMNO sekat pertembungan tiga penjuru

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Majlis Tertinggi UMNO dijangka memutuskan persetujuan melantik Timbalan Perdana Menteri (TPM) daripada parti itu dalam usaha memperkasakan hala tuju dan kekuatannya menuju pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang Pengajian Kerajaan dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yuso berkata, ini kerana dengan adanya TPM daripada UMNO, ia mampu menyekat pertembungan tiga penjuru antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Menurut beliau, pertembungan itu jika tidak ditangani akan merugikan dunia politik Melayu pasca PRU.

Beliau menjelaskan, sekiranya UMNO menjawat jawatan TPM, pastinya jentera parti akan lebih bersemangat dalam berkempen kerana kedudukan mereka selepas PRU-15 adalah lebih terjamin.

“Pada masa sama, ia akan menamatkan spekulasi wujudnya usaha untuk UMNO menjalinkan kerjasama dengan PH demi menjatuhkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Jawatan TPM untuk UMNO juga dijangka mengurangkan dengan drastiknya keresahan dan ketidakpuasan hati pemimpin dan ahli akar umbi terhadap Muhyiddin,” katanya di sini semalam.

Sebelum ini, pelbagai pihak mendakwa Perdana Menteri akan memilih sama ada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atau Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai TPM.

HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN

Bagi mencapai kata sepakat, Ismail Sabri dan Hishammuddin dibenarkan mengadakan perbincangan terlebih dahulu sebelum menyerahkan kepada Muhyiddin membuat keputusan muktamad.

Bagaimanapun calon TPM berkenaan perlu mempunyai kewibawaan untuk menyelesaikan persengketaan yang wujud dalam UMNO agar dapat menjamin kestabilan kerajaan PN.

Dalam laporan beberapa media juga menyatakan Muhyiddin tetap berpendirian untuk memberikan jawatan TPM kepada UMNO, tetapi Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sendiri dikatakan ingin mengisi jawatan tersebut.

Namun disebabkan Ahmad Zahid masih terbabit dengan kes mahkamah, Perdana Menteri berhasrat agar UMNO dapat memilih calon lain yang lebih sesuai dan berkelayakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya