Kenyataan Tommy berniat jahat, penghinaan  - Utusan Malaysia

Kenyataan Tommy berniat jahat, penghinaan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kenyataan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas menerusi penerbitan bukunya bertajuk ‘ My Story: Justice In The Wilderness’  bersifat jahat dan menghina pegawai undang-undang.

Persatuan Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (Jalsoa)  dalam satu kenyataan berkata, dakwaan Tommy  itu  bercanggah dengan tugas sebenar  pegawai  undang-undang yang sentiasa menjalankan amanah dipertanggungjawabkan menurut peruntukan undang-undang tanpa mengira siapa Peguam Negara atau Kerajaan yang memerintah.

Katanya, cabaran, dugaan serta tekanan dalam tugasan seorang pegawai undang-undang memberi implikasi bukan kepada mana-mana individu dan pelanggan, sebaliknya  memberi kesan kepada kepentingan negara serta awam dalam menegakkan kedaulatan undang-undang.

“Kami tidak bekerja untuk mengejar populariti individu, malahan dasar kerahsiaan, integriti dan profesionalisme yang ditekankan di dalam perkhidmatan sentiasa  mengikut  tindakan dan tata kerja pegawai undang-undang.

“Pandangan Tommy  amat tidak bertamadun dan mencerminkan kedangkalan pemikirannya. Apa-apa jua perasaan tidak puas hati beliau semasa berurusan dengan pegawai undang undang tidak wajar dan tidak patut dicoretkan untuk tatapan umum. Persepsi tersebut adalah ciptaan beliau  atas kegagalannya dalam menerajui Jabatan Peguam Negara serta memahami pentadbiran perkhidmatan awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jalsoa dalam pada itu berkata, Thommy sewajarnya menjaga kehormatan dan nama baik jawatan Peguam Negara yang pernah disandang beliau serta institusi perkhidmatan perundangan dalam perkhidmatan awam sebagaimana yang di peruntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.