fbpx

11 April 2021, 3:43 pm

  TERKINI

Kawasan belukar bekas ladang tebu Chuping terbakar

ANGGOTA bomba memadam kebakaran di kawasan lalang dan belukar di Jalan Kilang Gula, Chuping, Padang Besar, Perlis malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR : Kawasan lalang dan belukar seluas 0.8 hektar di Jalan Kilang Gula, Chuping di sini terbakar dalam kejadian malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Ruhisha Haris berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8.17 malam sebelum pihak menerima laporan berhubung kebakaran tersebut.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Besar tiba di lokasi kejadian 11 minit kemudian bagi memadamkan api.

“Seramai lapan anggota dan dua jentera tiba di lokasi tersebut untuk memadamkan api agar tidak merebak ke kawasan lain.

“Api berjaya dikawal dalam masa dua jam sebelum operasi ditamatkan pada pukul 10.15 malam,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, tiada kemalangan jiwa yang berlaku dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Kawasan tersebut dahulunya merupakan ladang tebu dan kini hanyalah kawasan lalang dan belukar. -UTUSAN ONLINE