Jakim sedia kerjasama agih bantuan - Utusan Malaysia

Jakim sedia kerjasama agih bantuan

ZULKIFLI Mohamad Al-Bakri (lima dari kiri) bergambar sebelum menyempurnakan pelepasan konvoi misi bantuan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan di Kompleks Islam Putrajaya. - UTUSAN/AMREE AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bagi menyalurkan bantuan kepada golongan sasaran yang memerlukan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk Ustaz Ebit Lew.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberi jaminan tersebut ketika mengulas kesukaran dialami pendakwah terkenal itu.

Sambil menafikan konon cuba sekat kegiatan aktivis tersebut, beliau sebaliknya berkata, Jakim tidak pernah memanggil Ebit, 36, bagi disoal siasat atas usaha kemanusiaannya itu.

“Dasar kita terbuka sebagai sebuah badan yang mengalu-alukan semua NGO (pertubuhan bukan kerajaan) atau syarikat swasta untuk bekerjasama serta tiada mengehadkan sesiapa.

“Malah inilah yang Jakim buat bagi menyelaraskan pelbagai misi bantuan pasca bencana selama ini dan terbaharu semalam dengan pihak anak syarikat FGV,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan pelepasan konvoi misi bantuan 12 buah kenderaan anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di sini hari ini.

Yang hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Akbar Samon bersama-sama 12 sukarelawan bagi pengagihan bantuan bernilai RM1 juta di sekitar Kelantan dan Terengganu.

Untuk itu Zulkifli berharap, mana-mana NGO atau syarikat termasuk Ebit sendiri, boleh tampil berbincang dengan Jakim agar ada penyelarasan serta tindakan susulan berterusan.

Ini jelas beliau, bagi mengelakkan bantuan itu disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab atau sumbangan tersebut diagihkan pula kepada mereka yang bukan layak menerimanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya