Harga petrol RON95, RON97 naik 5 sen, diesel kekal - Utusan Malaysia

Harga petrol RON95, RON97 naik 5 sen, diesel kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 naik 5 sen kepada RM2.05 seliter dan RM2.35 seliter bagi tempoh esok sehingga 3 Mac ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, harga runcit bagi kedua-dua bahan bakar itu adalah masing-masing RM2.00 dan RM2.30 seliter.

Bagaimanapun, harga runcit diesel kekal pada harga RM2.15 seliter.

Menurut kementerian itu, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel walaupun harga runcit mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM) bagi RON95 dan diesel meningkat lebih 10 sen berbanding had harga siling yang ditetapkan.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuai bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya