Gerakan sekadar ‘berpaut’ - Utusan Malaysia

Gerakan sekadar ‘berpaut’

Bersatu dan Pas akan membantu Gerakan menarik sokongan Melayu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyertaan Gerakan dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) dilihat hanya ‘mengampu kerajaan’ untuk memenangi kerusi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

Menyedari hakikat Gerakan tiada kekuatan serta pengaruh besar dan untuk mencapai matlamat itu, strategi terbaik adalah berpaut kepada satu pakatan yang jelas terletak kepada PN.

Pemerhati politik bebas, Arif Anwar Lokmanul Hakim berkata, kadar boleh menang Gerakan adalah kurang berbanding MCA menyorot keputusan PRU-14 yang menunjukkan Gerakan kalah di semua kerusi.

Malah Gerakan tidak akan memecahkan undi antara parti komponen lain seperti UMNO dan Pas melainkan parti itu berjaya membentuk perlawanan satu penjuru berdepan MCA atau Pakatan Harapan (PH).

“Sekiranya Gerakan terpaksa berlawan secara tiga penjuru, maka Gerakan akan hangus kerana undi sudah berpecah dan lebih memihak kepada parti lain.

“Contohnya, kalau Gerakan bertemu UMNO dan Pas di Parlimen Simpang Renggam, segalanya terletak kepada pengundi Melayu yang menjadi penentu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Arif Anwar mengulas pendirian mengenai peluang memenangi kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah PN yang dilihat masih kabur menyorot kekalahan parti itu semasa di dalam Barisan Nasional (BN) pada PRU-14.

Gerakan bertindak keluar daripada gabungan BN pada 23 Jun 2018. Selepas itu, gerak kerja Gerakan dalam arena politik tanah air semakin tenggelam. Pada 11 Februari lalu, Gerakan secara rasminya menjadi salah satu parti komponen di dalam PN setelah menerima surat pengesahan daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Pengerusi PN.

Kelmarin Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai tidak bimbang jika tidak memenangi sebarang kerusi pada PRU-15 asalkan PN kekal, walaupun tanpa wakil daripada Gerakan.

PN yang terbentuk bukan melalui pilihan raya dan tidak mendapat mandat daripada rakyat sejak Langkah Sheraton pada Februari tahun lalu kini dianggotai Pas, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Progresif Sabah (SAPP) serta kerjasama dengan UMNO.

OH EI SUN

Senada dengan Arif, Felo Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Dr. Oh Ei Sun berkata, tidak jelas bagaimana Gerakan akan memenangi kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum akan datang.

“Walaupun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sendiri yang bertanding, keputusannya mungkin kurang memuaskan dan sudah berdepan situasi sukar untuk memenangi kerusi yang dipertandingkan…apa lagi parti Gerakan yang kemungkinan besar lebih sukar untuk menang,” katanya.

LEE KUOK TIUNG

Bagaimanapun bagi penganalisis politik Universiti Malaysia Sabah, Dr. Lee Kuok Tiung, tiada masalah untuk Gerakan menyertai PN setelah mengambil kira tempoh dua tahun selepas meninggalkan BN.

“Mahu tidak mahu mereka mesti sertai mana-mana parti perikatan untuk terus relevan dalam politik negara. Gerakan akan rugi jika bergerak secara sendiri,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya