Adik dikebumikan di Melaka - Utusan Malaysia

Adik dikebumikan di Melaka

Di sini dijangka tempat pengebumian arwah adik hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Teka-teki berhubung siapa yang akan menguruskan jenazah Adik akhirnya terjawab apabila salah seorang keluarga kandung mangsa memberitahu bahawa mereka akan menuntutnya di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka pagi ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di rumah nenek mangsa di Taman Kasturi, Simpang Bekoh di sini berjaya menemui salah seorang waris kanak-kanak tersebut yang dipercayai bapa saudaranya.

Walau bagaimanapun, dia enggan ditemubual dan hanya menjawab ringkas bahawa jenazah Adik akan dituntut keluarganya dan dikebumikan di sini.

Lelaki itu kemudian terus beredar dengan menunggang sebuah motosikal.

Jenazah dipercayai akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Lebar, Simpang Bekoh dan tinjauan mendapati liang lahad yang dipercayai untuk arwah telah digali.

Sementara itu, Pengerusi Masjid Al-Hidayah Chabau, Rosli Ibrahim, 65, ketika ditemui di pekarangan perkuburan memberitahu, van jenazah telah bergerak ke Hospital Melaka untuk membawa jenazah kanak-kanak itu kira-kira pukul 8 pagi tadi.

“Jenazah akan dibawa terus ke Surau As-Syakirin Simpang Bekoh untuk disembahyangkan oleh ahli keluarga sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

“Saya dimaklumkan hanya 40 orang sahaja dibenarkan untuk menjalankan solat jenazah tersebut,” katanya.

Sementara itu, menurut sumber, perkara itu telah diputuskan oleh keluarga waris malam tadi dan memaklumkannya kepada keluarga angkat mangsa yang berhasrat untuk menyemadikan arwah di Rawang, Selangor.

Utusan Malaysia turut difahamkan, keluarga waris turut meletakkan syarat dengan membenarkan hanya dua wakil keluarga angkat untuk menguruskan jenazah Adik.

Terdahulu Utusan Malaysia melaporkan, selepas kira-kira 3 bulan diambil semula oleh ibu kandung daripada jagaan keluarga angkat, nasib seorang kanak-kanak lelaki berakhir tragedi apabila dia meninggal dunia kerana didera.

Mangsa yang berusia tujuh tahun yang dipanggil dengan gelaran Adik oleh keluarga angkatnya menghembuskan nafas terakhir dengan kesan lebam dan kecederaan di tubuh badan di rumah keluarganya di Taman Krubong Jaya di sini Jumaat lalu. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.