3,320 kes sembuh, 2,364 kes positif, 10 kematian - Utusan Malaysia

3,320 kes sembuh, 2,364 kes positif, 10 kematian

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus mencatatkan perkembangan yang baik apabila merekodkan sebanyak 3,320 kes sembuh sekali gus mengatasi 2,364 kes positif.

Sebanyak 10 kematian direkodkan manakala kes aktif, yang mengalami penurunan kes sejak beberapa hari lalu di mana, hari ini ia merekodkan sebanyak 27,028 kes berbanding semalam, 27,994 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 190 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 99 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Selangor masih mengekalkan negeri tertinggi kes positif apabila merekodkan sebanyak 862 kes diikuti Johor, 314 kes; Perak, 305 kes; Sarawak, 255 kes; Sabah, 157 kes; Pulau Pinang, 155 kes dan Kuala Lumpur, 117 kes.

“Baki negeri lain pula, merekodkan kes dua angka manakala Pahang, lapan kes; Putrajaya, empat kes serta Labuan dan Perlis, sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya