33,079 calon SPM di Perak - Utusan Malaysia

33,079 calon SPM di Perak

Kementerian Pendidikan perlu mengeluarkan pekeliling mengenai garis panduan guru untuk aktif berpolitik agar tidak menjejaskan tugas hakiki mendidik murid. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seramai 33,079 calon menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di 327 pusat peperiksaan di seluruh negeri ini bermula hari ini sehingga 25 Mac depan.

Pengarah Pendidikan negeri, Dr. Mohd. Suhaimi Mohamed Ali berkata, daripada jumlah itu, 31,676 pelajar merupakan calon sekolah manakala 1,403 orang mendaftar sebagai calon persendirian.

“Bagi peperiksaan kali ini, 28,932 calon ialah dari sekolah kerajaan, 1,368 calon Maktab Rendah Sains Mara, 344 calon sekolah agama negeri, 396 calon sekolah swasta dan 636 calon sekolah agama rakyat.

“Daerah Kinta Utara merekodkan jumlah calon terbanyak iaitu 9,082 diikuti Larut Matang dan Selama (4,401), Manjung (3,108), Batang Padang (2,682) dan Kuala Kangsar (2,603).

“Bilangan pusat SPM di negeri ini sebanyak 327 pusat yang mana 293 adalah pusat sekolah manakala 34 lagi ialah pusat persendirian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, bagi melicinkan perjalanan peperiksaan, Jabatan Pendidikan Perak telah melantik seramai 2,930 petugas dalam kalangan warga Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Katanya, taklimat pengurusan dan keselamatan telah dijalankan kepada petugas peperiksaan dengan penekanan diberikan kepada garis panduan khusus bagi mentadbir peperiksaan dalam suasana pendemik covid-19 ini.

“Petugas terdiri daripada penyelia kawasan seramai 101 orang, ketua pengawas 327, timbalan ketua pengawas 327, pengawas 1,701 dan pengemas bilik 474,” katanya. – UTUSANv ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya