PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan jumlah kematian sebanyak 18 kes dan 4,284 kes positif Covid-19 hari ini.
Kes sembuh negara iaitu 3,804 kes yang menjadikan keseluruhan kes sembuh meningkat sebanyak 177,794 kes manakala kes positif negara pula, sebanyak 226,912 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 307 kes positif yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), di mana 141 kes memerlukan bantuan pernafasan dan tujuh kluster.
“Selangor menjadi negeri tunggal yang terus mencatatkan kes melebihi 1,000 kes iaitu 1,572 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE










