118,000 pemandu penerima Prihatin 2020 bakal dapat Permai 2021 - Utusan Malaysia

118,000 pemandu penerima Prihatin 2020 bakal dapat Permai 2021

WEE KA SIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan mengumumkan penerima Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) 2020 dikecualikan melalui proses permohonan skim Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) 2021.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, langkah itu mempercepatkan proses pembayaran dengan hanya saringan lesen sahaja perlu dibuat untuk kemas kini data.

“Bantuan tunai RM500 secara ‘one-off’ itu akan dinikmati sejumlah 118,000 pemandu sektor pengangkutan awam di seluruh negara,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Beliau menambah, bantuan Permai ini meliputi pemandu telah diluluskan dan mereka yang masih belum membuat permohonan sama ada e-hailing, teksi, bas sekolah atau persiaran.

Di bawah pakej baharu diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 18 Januari lalu, bantuan ini antara 22 inisiatif Permai bagi golongan yang berdepan kesukaran.

Usaha itu diperkenalkan bagi melindungi ekonomi dan kesejahteraan rakyat yang terkesan akibat wabak Covid-19 untuk membolehkan mereka menampung keperluan hidup seharian.

“Semua pemandu teksi dan kereta sewa yang menepati syarat kelayakan Prihatin, akan diberi kelulusan secara automatik tanpa saringan sekali lagi untuk bantuan Permai,” kata Ka Siong.

Sementara untuk pemandu bas pesiaran pula yang menerima bantuan Prihatin sebelum ini, hanya saringan lesen memandu sah akan dibuat tanpa perlu lagi tapisan caruman Perkeso.

Ujar beliau lagi, bagi pemandu bas sekolah dengan ada rekod Prihatin, cuma saringan lesen vokasional PSV sah akan dibuat dan tidak perlu didaftar semula oleh syarikat masing-masing.

Namun katanya, untuk para pemandu e-hailing, syarat pendapatan minimum RM1,200 bagi bantuan Prihatin sebelum ini telah dikurangkan kepada serendah RM700 di bawah Permai.

“Kementerian Pengangkutan menggesa semua pemohon baharu agar beri maklumat tepat kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat sesuai kriteria ditetapkan,” tegas Ka Siong lagi.

Tindakan itu ujarnya, perlu demi memastikan pemprosesan dan pengagihan bantuan tunai tidak tertangguh serta mereka dapat terus memberikan khidmat terbaik untuk masyarakat.

Dalam masa yang sama, kerajaan jelas beliau, menyedari pemandu terbabit perlu diberi bantuan kerana berdepan kekurangan teruk pendapatan disebabkan impak wabak Covid-19- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya