Tiada pembelian panik di Melaka   - Utusan Malaysia

Tiada pembelian panik di Melaka  

ANGGOTA penguat kuasa KPDNHEP Melaka membuat pemeriksaan barangan keperluan di salah sebuah premis di Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Tiada pembelian panik dikesan di negeri ini setakat ini susulan khabar angin menjangka pengumuman berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dibuat dalam perutusan khas oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. 

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri, Norena Jaafar berkata, bekalan makanan keperluan di seluruh negeri mencukupi bagi menampung keperluan pengguna secara berterusan. 

Menurut beliau, pihaknya membuat pemantauan membabitkan 140 perincian Peruncit Terpilih Daerah (DDR), 58 Pemborong Terpilih Daerah (DDW) dan juga sejumlah Mini Stok daripada senarai DDW yang terdiri daripada para peniaga barangan keperluan di seluruh negeri. 

“Sehingga semalam pihak kami tidak menerima laporan dan hasil pemantauan penguat kuasa juga mendapati tiada pembelian panik  di negeri ini malah semua bekalan barangan di semua sektor peruncitan mencukupi.

“Sejak awal bulan ini sehingga semalam, sebanyak 809 premis perniagaan diperiksa bagi memastikan bekalan keperluan harian  mencukupi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Norena berkata, pemeriksaan berkala juga dipertingkatkan sehingga 50 premis sehari dalam usaha memastikan rakyat  tidak mengalami masalah dalam mendapatkan barangan keperluan harian.

Mengulas lanjut, beliau turut berkata, sekalipun PKP dilaksanakan semula, keperluan makanan asas tetap mencukupi. 

“Pada kali ini, kita lebih bersedia berbanding 18 Mac lalu dengan kebanyakan premis perniagaan terpaksa ditutup dan memberi kesan kepada keberadaan bekalan barangan keperluan di dalam pasaran,” katanya.  -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya