Terima rasuah RM1,000, didenda RM4,000 - Utusan Malaysia

Terima rasuah RM1,000, didenda RM4,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Gara-gara menerima rasuah RM1,000, seorang Pembantu Tadbir Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kedah didenda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Murtazadi Amran menjatuhi hukuman itu selepas tertuduh, Husaini Hamid, 54, mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

Murtazadi turut memerintahkan Husaini dipenjara setahun jika dia gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Husaini menerima wang tunai RM1,000 daripada seorang lelaki berusia 44 tahun dengan tiada balasan yang mana tertuduh mengetahui lelaki terbabit mempunyai perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di Kedai Makan Din Limbong di Jalan Datuk Kumbar di sini kira-kira pukul 1.15 petang pada 24 Mei 2016.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sew Ping sementara tertuduh tidak diwakili peguam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya