Tapak pelupusan sampah terbakar - Utusan Malaysia

Tapak pelupusan sampah terbakar

ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran di tapak pelupusan sampah di Tanah Merah, Port Dickson yang berlaku sejak malam tadi.-IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Hampir 50 peratus tapak pelupusan sampah di Cypark Resources Bhd., Ladang Tanah Merah dekat sini terbakar dalam kejadian malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Mohd. Hairul Izam Mazelan berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kes kebakaran tapak pelupusan sampah tersebut pada pukul 11.09 malam dan tiba di lokasi 26 minit kemudian.

“Sebanyak 50 peratus kawasan tapak pelupusan itu terbakar yang melibatkan punca api bahagian dasar iaitu setinggi sembilan meter.

“Punca kebakaran api semula jadi hasil longgokan sampah yang dahulu. Bagaimanapun, setakat ini, tinggal lima peratus asap daripada bahagian dasar,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Menurutnya, seramai 20 orang anggota melibatkan tiga balai bomba iaitu Port Dickson, Seremban 2 dan Nilai terbabit dalam operasi pemadaman kebakaran yang dianggarkan seluas satu ekar itu.

Hairul Izam menambah, antara aset yang digunakan untuk memadam kebakaran iaitu, dua ‘fire rescue’ tender, dua unit ‘water tanker prime mover’ 20,000 liter dam satu unit pam angkut Godiva GP 10/10. 

“Sumber air digunakan adalah air terbuka dari parit di hadapan Cypark. 

“Dua jengkaut turut digunakan dan anggota bomba menggunakan kaedah ‘Relay Pumping’ iaitu kaedah pemadaman dari pam angkut ke pam jentera menggunakan sumber air terbuka bagi mempercepatkan pemadaman.

“Sehingga pukul 12 tengahari tadi, keadaan adalah terkawal dan kerja-kerja memadam sisa kebakaran pada bahagian bawah sampah masih dilakukan, api pada bahagian atas sampah sudah dipadamkan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya