Tabung Covid-19 : Amirudin sumbang sebulan gaji - Utusan Malaysia

Tabung Covid-19 : Amirudin sumbang sebulan gaji

AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Dalam usaha menangani Covid-19, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari akan menyumbangkan satu bulan gaji kepada Tabung Bantuan Menangani Bencana Covid-19 Selangor.

Dalam Pengumuman Khas berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Amirudin berkata, Tabung Bantuan Menangani Bencana Covid-19 Selangor ditubuhkan tahun lalu dalam Pakej Rangsangan 2.0.

“Oleh demikian, hari ini kerajaan negeri mengaktifkan semula tabung ini bagi membantu usaha menangani wabak Covid-19.

“Dengan berbesar hati, saya menyumbang sebanyak sebulan gaji sebagai permulaan kepada usaha ini.

“Malah, kerajaan negeri turut bercadang melaksanakan potongan gaji meliputi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan pegawai tinggi di syarikat milik kerajaan (GLC). Mekanisme potongan gaji ini akan dimuktamadkan dan akan disalurkan ke tabung ini,” katanya.

Dalam pada itu, Amirudin berkata, sumbangan korporat dan GLC negeri juga amat dialu-alukan.

“Pada tahun lalu, kerajaan negeri telah menerima sumbangan berjumlah RM9.3 juta dan telah digunakan bagi perbelanjaan khusus buat para petugas barisan hadapan serta bidang perubatan menangani Covid-19.

“Alhamdulillah, pagi tadi, kerajaan negeri menerima sumbangan RM2.3 juta bagi tabung ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya