RM50 sehari? Saya masih ada maruah! - Salleh Yaacob

RM50 sehari? Saya masih ada maruah! – Salih Yaacob

“Saya ada maruah dan harga diri.' - Salleh Yaacob. - FOTO/NOOR AZLINA JAAFAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lebih 40 tahun pengalaman dalam dunia seni namun hanya dibayar RM50 sehari untuk menjayakan satu watak dalam drama.

Itu keluhan pelakon, pe­nyanyi dan pelawak, Salih Yaacob yang merasakan seolah-olah dipijak pemain industri apabila menawarkan watak dengan bayaran yang tidak setimpal lelah dan kudrat.

Mengakui terkejut, namun jelas Salih, 60, itu adalah realiti industri seni yang semakin tidak menghargai bakat dan pengalaman artis-artis lama.

Malah tambah Salih, dia sudah ‘tidak larat’ hendak me­layan birokrasi pemain industri seni yang sering kali menggunakan alasan tidak cukup bajet untuk memberikan harga rendah kepada pelakon lama.

“Ya, memang ada produksi menawarkan saya RM50 sehari sahaja untuk berlakon. Itu termasuk kos perjalanan dan lain-lain yang ditanggung sendiri. Kami macam tiada nilai di mata mereka.

“Kita ada maruah dan harga diri. 40 tahun saya dalam industri seni, itu harga yang mereka nilai. Tak apa, lebih baik saya usaha mencari pendapatan lain. Allah itu ada,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, Salih yang juga bekas penyampai radio berkata, buat masa ini, dia ha­nya mencari rezeki seperti berniaga kecil-kecilan dan mengharapkan tawaran daripada produksi yang tahu menghargai bakat orang lama.

Katanya, isteri-isterinya juga bijak mencari pendapatan sekali gus dapat membantunya menguruskan perbelanjaan harian mereka sekeluarga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×