Realisasikan bas klinik dakwah - Utusan Malaysia

Realisasikan bas klinik dakwah

ZULKIFLI Mohamad Al-Bakri (tengah) berdoa selepas memotong pulut kuning sebagai gimik Ijtimak Warga Yadim sempena ulang tahun ke-47 sebelum memimpin doa selamat sambil disaksikan Nasrudin Hassan (kiri) dan Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan berhasrat menjadikan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) terus unggul dalam menerajui usaha penyebaran dakwah secara berterusan di seluruh negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, setakat ini beliau amat berpuas hati dengan prestasi Yadim sepanjang tahun lalu.

“Malahan, selama tempoh 10 bulan lepas di bawah barisan kepimpinan baharu, lebih 3,000 program telah pun dianjurkan Yadim untuk manfaat setiap lapisan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Ijtimak Warga Yadim bersempena ulang tahun ke-47 agensi itu dengan acara gimik memotong pulut kuning dan bacaan doa selamat.

Yang turut hadir pada program berkenaan ialah Ketua Pegawai Eksekutif Yadim, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dan Yang Dipertua Yadim, Nasrudin Hassan serta anggota pengurusannya.

Yadim merupakan sebuah badan amanah peringkat kebangsaan yang ditubuhkan oleh Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein pada 25 Januari 1974 lalu.

Agensi ini berperanan menyelaraskan kegiatan badan dakwah dan pertubuhan bukan kerajaan Islam agar bergerak seiring dasar negara serta menjadi pemangkin penyebaran dakwah.

Mengulas lanjut, Zulkifli menceritakan pengalaman beliau yang tertarik dengan sebuah organisasi tempatan yang memiliki tiga buah bas dua tingkat untuk dijadikan klinik bergerak.

“Mereka difahamkan sanggup belanja ubah suai dengan kos RM300,000 untuk memberikan perkhidmatan kepada penduduk kawasan terpencil yang tiada klinik kesihatan,” katanya.

Justeru, beliau mahu melihat suatu masa nanti, Yadim turut memiliki bas sedemikian yang dapat dijadikan seumpama klinik dakwah kepada masyarakat untuk penyebaran Islam.

Premis bergerak itu juga ujar beliau, sesuai digunakan sebagai pusat kegiatan dakwah untuk kefahaman penduduk bukan Muslim dalam proses memahami ajaran Islam yang sebenarnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.