PKPD di Depot Tahanan Pekan Nenas - Utusan Malaysia

PKPD di Depot Tahanan Pekan Nenas

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikenakan di Depot Tahanan Imigresen Pekan Nanas, Pontian, Johor bermula esok.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia melibatkan blok tahanan dan kuarters di lokaliti berkenaan dari 23 Januari sehingga 5 Februari depan.

“Ini bertujuan mengawal pergerakan masuk tahanan dari luar serta mengelakkan penularan jangkitan kepada staf, keluarga dan komuniti luar,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Setakat 21 Januari lalu ujar beliau, Kementerian Kesihatan telah melaksanakan 360 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 177 kes positif Covid-19 telah pun direkodkan.

Justeru, beliau menambah, atas nasihat dan penilaian pihak kementerian tersebut, kerajaan bersetuju untuk segera melaksanakan PKPD di depot berkenaan selama tempoh 14 hari.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri memaklumkan semalam, sejumlah 5,819 pekerja warga asing menjalani ujian saringan dan daripada jumlah itu, 84 orang disahkan positif.

“Secara kumuliatif, seramai 190,429 pekerja asing sudah melalui proses wajib berkenaan sejak dikuatkuasakan 1 Disember tahun lalu yang melibatkan 7,189 majikan,” katanya lagi.

Daripada jumlah berkenaan ujar beliau, sebanyak 3,739 individu telah pun disahkan positif Covid-19 manakala selebihnya iaitu 186,690 individu lagi adalah negatif wabak tersebut.

Sehingga hari ini juga kata beliau, sejumlah 852 buah klinik telah pun terlibat dengan program berkenaan yang dikelolakan oleh pihak Kementerian Sumber Manusia di seluruh negara. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya