PKP: Enam jalan di Petaling Jaya, Damansara ditutup - Utusan Malaysia

PKP: Enam jalan di Petaling Jaya, Damansara ditutup

NIK EZANEE MOHD. FAISAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penutupan jalan akan dilaksanakan di enam lokasi daerah Petaling Jaya bermula tengah malam ini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, enam lokasi tersebut adalah di sekitar Petaling Jaya dan Damansara.

“Lokasi terlibat adalah Jalan 4/56, Gasing Indah, Petaling Jaya serta tiga jalan di Kota Damansara iaitu Jalan Persiaran Mahogani, Jalan Persiaran Jati dan Jalan Persiaran Sungai Buloh.

“Selain itu, Lebuh Raya Damansara-Puchong susur keluar ke Mutiara Damansara/Damansara Perdana; laluan masuk Tol Damansara ke Bayu Puteri berdekatan Tropicana, Damansara dan lampu isyarat PJU 8/1 Damansara Perdana turut ditutup,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nik Ezanee turut menasihatkan pengguna jalan raya khususnya masyarakat Petaling Jaya agar bersabar dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan sepanjang pelaksanaan PKP bermula tengah malam ini sehingga 26 Januari nanti. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.