Penjual kenderaan nafi palsukan dokumen guna nama Top Glove

Penjual kenderaan nafi palsukan dokumen guna nama Top Glove

TENG Hoe (tunduk) dibawa keluar oleh anggota polis dari Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor hari ini. - FOTO/ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang penjual kenderaan mewah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memalsukan dokumen menggunakan nama syarikat Top Glove Sdn. Bhd. tahun lalu.

Tertuduh, Kelvin Tong Teng Hoe, 35, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Yang Zaimey Yang Ghazali.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memalsukan dokumen ‘Declaration Of Conformity’ atas nama Top Glove Sdn. Bhd. dengan bertujuan menipu.

Perbuatan itu dilakukan di Persiaran Setia Dagang Setia Alam, Seksyen U13 di sini, 6 Jun tahun lalu.

Teng Hoe didakwa mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda.

Timbalan Pendakwa Raya, Ainul Amirah Abdul Razak menawarkan ikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin dan memohon pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Peguam mewakili tertuduh, Mohd. Redzuan Mohamed Yusoff memohon jaminan dikurangkan pengurangan berikutan anak guamnya itu kini mengalami masalah perniagaan.

“Perniagaan kenderaan yang diusahakan anak guam saya mengalami kemerosotan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Selain itu, dia memberi kerjasama penuh kepada polis sepanjang proses siasatan dan tidak melarikan diri,” katanya.

Yang Zaimey kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dan tiada syarat tambahan dikenakan. Sebutan semula kes ditetapkan pada 5 Februari depan dan tertuduh membayar kos jaminan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya