Pembelian panik bakal jejaskan bekalan barangan - Utusan Malaysia

Pembelian panik bakal jejaskan bekalan barangan

HANIFA Ahmad menyampaikan cenderahati kepada kanak-kanak sambil diperhati Adnan Abdul Rahman pada Program Walkabout Gerakan Pengguna Sempena Kempen Beli Barangan Malaysia, di sebuah pasar raya di Kota Bharu, semalam.-UTUSAN/ROHANA MOHD NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Tindakan orang ramai membuat pembelian panik hanya akan menjejaskan bekalan barangan di sesebuah kawasan sekali gus menyusahkan pengguna sendiri pada masa akan datang.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan, Adnan Abdul Rahman berkata, selagi tiada pembelian panik, bekalan ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan banjir di seluruh negeri adalah mencukupi.

“Kita telah melantik 225 peruncit dan 99 pemborong di Kelantan untuk menyimpan bekalan barang keperluan merangkumi 14 kawasan parlimen atau 45 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Walkabout Gerakan Pengguna Negeri (GPN) Sempena Kempen Beli Barangan Malaysia Back To School di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hanifa Ahmad.

Mengulas lanjut, Adnan berkata, pihaknya sentiasa memantau secara harian barang keperluan pengguna di negeri ini bagi memastikan jumlahnya mencukupi dan mudah diperoleh di pasaran, sekali gus mampu menampung keperluan pengguna secara berterusan.

Katanya, antara barangan yang dipantau termasuk gula, minyak masak, tepung, beras, roti, susu tepung, ayam, sayur, telur, bawang, cecair pencuci tangan dan pelitup muka. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya