fbpx

18 September 2021, 9:55 pm

  TERKINI

Pelawak sekarang ‘kosong’, tak sensitif – Hamid Gurkha

HAMID GURKHA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Pelawak sekarang banyak buat komedi syok sendiri. Tidak fikir sensitiviti orang. Kami buat lawak dulu ada mesej, bukan komedi kosong sekadar nak buat orang ketawa semata-mata.”

Itu pandangan pelawak veteran, Hamid Gurkha yang menyifatkan segelintir pelawak zaman kini tidak sensitif dalam berjenaka sehingga boleh mencalarkan dan memberi pandangan buruk terhadap dunia komedi tempatan.

“Kadang-kadang ada segelintir pelawak yang buat jenaka syok sendiri. Tak ada mesej. Kelakar kosong sahaja. Kita buat lawak kena ada mesej dan jangan membuat penonton berkecil hati.

“Sebab itu orang dahulu gelar kami ‘pelawak kerajaan’. Kita bantu menyalur mesej baik walaupun dalam berjenaka. Tapi itulah, kita ini hanya mampu beri pandangan. Siapa nak dengar kan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tular di media sosial apabila sebuah kumpulan lawak mengguna jenaka berunsur lucah sehingga ramai yang mengecam dan meminta permohonan maaf secara terbuka daripada ahli kumpulan tersebut. -UTUSAN ONLINE