fbpx

Pasangan kahwin campur peluk Islam

MUHAMMAD Mukesh Raj Abdullah (baju Melayu hitam, tengah) mendengar taklimat dalam majlis pengislaman dia dan isterinya di Dewan Ngaji Abu Hurairah Madrasah Darul Uloom Al- Islamiyah, Jerantut, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Sepasang suami isteri muda kaum India dan Cina berusia 20 tahun beragama Buddha memilih Islam sebagai pegangan akidah baharu mereka.

Mereka ialah V. Mukesh Raj, 20, dan pasangannya, Lee Mei Ling, 20, yang menetap di rumah keluarga angkat di Jalan Benta di sini.

Mukesh yang berasal dari Tanah Putih, Kuantan, memilih nama Islamnya, Muhammad Mukesh Raj Abdullah manakala isterinya dari Kuala Lumpur, Puteri Aqiela Aquiesya Abdullah.

Muhammad Mukesh Raj bekerja kontrak di bandar ini dengan berpendapatan kira-kira RM1,000 sebulan manakala Puteri Aqiela Aquiesya tidak bekerja.

Pengurus Cawangan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) Daerah Jerantut, Nik Ahmad Tarmizi Nik Lam berkata, pasangan muda itu memeluk Islam pada 24 Disember lalu.

“Mereka disyahadahkan oleh Mudir Madrasah Darul Uloom Al-Islamiyyah, Juhari Ali Al-Jenderaki yang beroperasi di Sungai Salan, Jerantut.


“Pengislaman mereka disaksikan Timbalan Kadi daerah, Muhammad Asri Abdul Rahim dan Pembantu Hal Ehwal Islam MUIP Jerantut, Muhamed Khairol Mohd. Salim,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Nik Ahmad Tarmizi berkata, pasangan muda saudara baharu itu akan dibimbing Muip dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam serta keluarga angkatnya bagi menambah pengetahuan agama mereka.

POPULAR

KOSMO! TERKINI