Lebih 50,000 premis perniagaan patuh SOP - Utusan Malaysia

Lebih 50,000 premis perniagaan patuh SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mendapati sebanyak 50,850 atau 99.7 peratus premis perniagaan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah Penguat Kuasanya, Azman Adam berkata, jumlah itu daripada 51,012 premis yang diperiksa setakat ini

“Pegawai penguat kuasa yang menjalankan pemeriksaan pematuhan SOP PKP mendapati sejumlah 50,850 premis atau 99.7 peratus patuh SOP PKP.

“Sektor perdagangan domestik sangat komited untuk memastikan perniagaan berjalan dalam keadaan selamat dan terkawal ke arah pemulihan ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azman berkata, hanya 15 premis atau 0.029 peratus yang gagal mematuhi SOP PKP dan dikenakan kompaun sebanyak RM1,000.

Katanya, sebanyak 32 premis atau 0.062 peratus pula diberi amaran dan mengambil tindakan segera menambah baik pematuhan SOP PKP.

“Selain itu, sebanyak 115 premis atau 0.225 peratus diberikan nasihat untuk menambah baik pematuhan SOP PKP dalam premis mereka,” katanya.

“Premis yang menerima amaran boleh dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 jika didapati tiada sebarang penambahbaikan dibuat selepas amaran diberikan,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini kementerian mengeluarkan kelulusan untuk beroperasi semasa PKP kepada 46,921 perniagaan berdasarkan kepada senarai kategori perniagaan yang dibenarkan untuk beroperasi dii seluruh negara.

“Kementerian ingin memberi ingatan kepada semua pihak agar dapat memastikan pematuhan SOP PKP dilaksanakan sepenuhnya untuk membolehkan perniagaan mereka beroperasi semasa PKP ini.

“Sekiranya, pematuhan ini masih gagal mencapai tahap yang memuaskan, kementerian boleh bertindak tegas dan drastik untuk menutup terus operasi premis perniagaan dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya