Jaga SOP semasa di PPS - Utusan Malaysia

Jaga SOP semasa di PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Mangsa banjir yang ditempatkan di kesemua pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini dinasihatkan supaya terus menjaga kebersihan serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R.Vidhyanathan berkata, langkah itu bertujuan bagi mengelakkan penularan pandemik Covid-19 dan penyakit lain bawaan air serta cirit-birit.

Beliau berkata, setakat ini tiada laporan berhubung jangkitan pandemik Covid-19 di mana-mana PPS dibuka serta memohon mangsa banjir di terus mematuhi SOP.

“Setiap PPS mempunyai petugas kesihatan termasuk doktor dari Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) untuk memantau kesihatan mangsa banjir.

“Kita pastikan setiap mangsa banjir yang masuk ini disaring, sekiranya demam mereka akan diasingkan dan diberi rawatan.

“Malah setiap bilik darjah hanya menempatkan empat khemah bagi mengekalkan penjarakan sosial antara mangsa banjir, yang mana satu keluarga dibekalkan satu khemah,” katanya ketika ditemui selepas membuat lawatan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Skudai di sini, semalam.

Turut hadir Pengarah JKNJ, Datuk Dr. Aman Rabu.

Menyentuh soal pemberian makanan ketika Covid-19, Vidyananthan berkata, pihaknya tidak membenarkan makanan dimasak secara rewang atau gotong-royong sebaliknya semua makanan dan minuman dibungkus bagi menjaga tahap kebersihan.

Katanya, blok PPS dan bilik darjah juga dipantau dan dinyahkuman dari semasa ke semasa supaya kawasan ini bersih.

“Walaupun guna bilik darjah sebelum dijadikan PPS kita sudah bersihkan ikut SOP yang digariskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Menurut Vidyananthan, pihak kerajaan negeri sentiasa bekerjasama dengan agensi penguatkuasa termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Rela dan sukarelawan.

Jelasnya, persiapan banjir telah dilakukan sejak November tahun lalu dan bersedia dengan sebarang kebarangkalian yang berlaku.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya