Denda RM1,000 jika majikan gagal buat ujian Covid-19 pekerja asing

Denda RM1,000 jika majikan gagal buat ujian pengesanan Covid-19 pekerja asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semua majikan yang menggajikan pekerja asing atau pemegang Pas Lawatan (Pekerjaan Sementara) perlu memastikan mereka menjalani ujian pengesanan Covid-19 dan dikuarantin sebagaimana yang diarahkan.

Kementerian Sumber Manusia dalam kenyataan berkata, perkara itu selaras dengan peruntukan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] dan Peraturan-Peraturan yang dibuat di bawahnya berkuat kuasa hari ini. 

Dalam hal itu, katanya, segala kos, fi, caj, penyaraan dan perbelanjaan bagi ujian itu dan kuarantin hendaklah ditanggung majikan sepenuhnya.

“Kementerian akan membuat pemeriksaan berterusan dalam memastikan semua majikan mematuhi arahan melaksanakan ujian pengesanan Covid-19 dan kuarantin pekerja asing mereka. 

“Majikan yang gagal mematuhi arahan ini boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali selain boleh dikenakan kompaun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, kementerian juga tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya majikan gagal mematuhi peruntukan akta berkenaan dan Peraturan-Peraturan di bawah Akta tersebut.

Sebagai langkah pencegahan dan pengawalan penularan wabak Covid-19, katanya, kementerian menyarankan supaya majikan melakukan ujian pengesanan bagi pekerja asing tersebut di mana-mana klinik dan hospital swasta di seluruh negara. 

“Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melantik 4552 panel klinik bagi tujuan tersebut. Majikan boleh melayari laman sesawang https://psp.perkeso.gov.my untuk mendapatkan senarai klinik panel. 

“Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui emel [email protected] atau talian hotline 1300-22-8000 atau 03-4264 5089,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya