Berang tak dapat wang, lelaki bakar rumah pusaka - Utusan Malaysia

Berang tak dapat wang, lelaki bakar rumah pusaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Berang tidak diberikan wang, seorang lelaki bertindak membakar rumah pusaka bapanya di Kampung Dato Ahmad Said Tambahan di sini kelmarin.

Tindakan lelaki berusia 42 tahun itu menyebabkan hampir keseluruhan rumah tersebut musnah terbakar selain sebuah rumah lain yang terbakar satu peratus.

Turut musnah dalam kebakaran kira-kira pukul 5.40 pagi itu ialah dua buah kereta jenis Honda CRV, sebuah kereta Perodua Viva dan tiga buah motosikal serta peralatan elektrik dan perkakasan rumah yang dianggarkan membabitkan kerugian bernilai RM80,000.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, laporan mengenai kejadian itu dibuat isteri suspek yang mengesyaki suaminya telah membakar rumah pusaka bapa mertuanya.

Katanya, isteri suspek memberitahu ada bergaduh dengan lelaki itu dan suspek yang merupakan penagih dadah mengugut akan membakar semuanya jika tidak diberikan wang yang diminta.

“Selain isteri suspek, abang kandung lelaki itu juga turut membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut.

“Dalam rakaman percakapan, abang lelaki itu mengesyaki adiknya telah membakar rumah pusaka bapa mereka kerana suspek mengaku membuat unggun api di halaman rumah dan berdekatan motosikal,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pegawai penyiasat telah melawat tempat kejadian dan mendapati terdapat dua buah rumah dalam geran tanah yang sama iaitu bahagian hadapan adalah rumah pusaka bapa suspek dan pada bahagian belakang pula rumah abang kandung suspek.

Katanya, dalam kejadian itu, rumah pusaka tersebut terbakar 90 peratus manakala rumah abang suspek pula terbakar sebanyak satu peratus .

“Siasatan juga mendapati rumah jiran di hadapan lokasi kejadian mempunyai liputan kamera litar tertutup (CCTV) yang menghala ke kawasan kebakaran dan telah meminta kerjasama jiran untuk mendapatkan salinan rakaman tersebut,” katanya.

Tambah beliau, Bahagian forensik bomba telah hadir ke tempat kejadian dan telah mengambil sampel untuk dianalisis punca kebakaran.

Katanya, cawangan D10 IPK perak juga telah mengambil beberapa sampel untuk di hantar ke Jabatan Kimia Perak.

“Suspek telah ditangkap dan akan direman untuk siasatan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.