79 pelancong terkandas di Taman Negara Kuala Tahan dipindahkan

79 pelancong terkandas di Taman Negara Kuala Tahan dipindahkan

PELANCONG yang terkandas di Taman Negara Kuala Tahan dibawa keluar petang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Seramai 79 orang pelancong yang terkandas di Taman Negara Kuala Tahan di sini akibat jalan dinaiki air dipindahkan semalam.

Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Kuala Tahan, Sabri Abdullah berkata, pemindahan pelancong menggunakan bot dilakukan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan JKKK Kuala Tahan.

“Operasi membawa keluar pelancong melalui tiga kawasan yang ditenggelami air di dua laluan di Paya Garok dan hadapan Sawmill Jerantut Feri.

“Operasi yang bermula pukul 3 petang berjalan lancar dan berakhir pukul 7 malam,” katanya di sini hari ini.

Menurut Sabri, kebanyakan pelancong tempatan yang terkandas sejak empat hari lalu berasal dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak.

Katanya, pelancong berkenaan terdiri daripada 41 orang yang menginap di Mutiara Taman Negara, Xcape Resort (16 orang), Liana Hostel (18 orang) dan Danz Eco (empat orang).

“Pelancong yang selamat sampai ke Jerantut telah dihantar ke  Kuala Lumpur melalui bas yang diuruskan oleh pihak hotel.

“Kenderaan pelancong ditingalkan sementara di Kuala Tahan dan dijaga oleh pihak JKKK sebelum mereka kembali ke sini mengambil semula selepas banjir surut kelak,” ujarnya. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.