48 pengunjung pusat hiburan ditahan - Utusan Malaysia

48 pengunjung pusat hiburan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 48 pengunjung pusat hiburan ditahan ketika sedang leka berhibur dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Tun HS Lee di sini semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 2 pagi itu, kesemua yang ditahan terdiri daripada 31 warga asing dan 17 warga tempatan berusia antara 20 hingga 45 tahun.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, semakan mendapati premis berkenaan mempunyai lesen hiburan yang sah dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Dalam pemeriksaan itu, polis mengambil tindakan kompaun mengikut Peraturan 13, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No.9) 2020 ke atas warga tempatan.

“Warga asing pula ditahan mengikut Sekyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 56 (1) (l) akta sama,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohamad Zainal, pihaknya memberi amaran kepada orang ramai, warga asing dan pengusaha pusat hiburan supaya terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Individu yang tidak mematuhi perintah ini akan dikenakan tindakan mengikut peruntukan undang-undang yang masih berkuat kuasa.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan perlanggaran PKPB boleh menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-2600 2222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya