2.8 juta risiko hilang kerja jika PKP dilanjutkan - Utusan Malaysia

2.8 juta risiko hilang kerja jika PKP dilanjutkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan belum lagi memuktamadkan sama ada mahu meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau digantikan PKP Bersyarat (PKPB) selepas 4 Februari ini.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, apa yang dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah semalam hanya bayangan.

“Sebenarnya beliau cuma menjawab soalan pihak media bagi memberi gambaran tetapi ramai warganet mungkin salah faham sehingga kenyataan itu tular melalui media sosial,” jelasnya lagi.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai PKP di pejabatnya dekat sini hari ini sebagai mengulas kenyataan Noor Hisham yang disensasikan warganet tempatan.

Sebaliknya, Ismail Sabri memberi jaminan bahawa kerajaan akan mengumumkan sebelum tarikh itu sama ada PKP 2.0 lebih keras seperti tahun lalu atau ditukarkan kepada PKPB pula.

Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata, ada mahu perintah berkurung sepenuhnya sebagaimana ketika PKP 1.0 dengan alasan mahu mempercepatkan penurunan kes baharu Covid-19.

“Namun ada reaksi tidak bersetuju mahu kelonggaran seperti PKPB terutama peniaga mikro yang bergantung pendapatan harian atau pekerja dengan makan gaji secara harian,” katanya.

Ismail Sabri turut mendedahkan data rasmi kerajaan yang melaporkan jika ekonomi ditutup sepenuhnya, 2.8 juta rakyat berisiko hilang kerja dan 2.5 juta lagi bakal terjejas pendapatan.

Keadaan itu ujarnya dijangka memberi kesan kerugian ekonomi sebanyak RM6.45 bilion atau purata RM2,400 untuk satu isi rumah sekiranya PKP 2.0 dilanjutkan selepas 4 Februari depan.

Malah beliau turut memaklumkan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merekodkan 13,445 syarikat tempatan ditutup dari Mac sehingga Oktober tahun lalu dengan ramai dibuang kerja.

“Justeru, kerajaan akan berbincang secara teliti dengan Kementerian Kesihatan, Kementerian Kewangan dan pelbagai pihak untuk memastikan kepentingan semua pihak dijaga,” tegasnya.

Pengumuman muktamad mengenai perkara itu kata Ismail Sabri akan diumumkan sama ada oleh beliau sendiri atau Noor Hisham sebelum tarikh berkenaan untuk persediaan rakyat.

Beliau turut mendedahkan menerima banyak mesej rayuan termasuk melalui aplikasi media sosial daripada para peniaga pasar malam, pengusaha cuci kereta dan kedai gunting rambut.

Bagaimanapun, beliau menyerahkan kepada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang akan mengkaji impak jika sektor tersebut dibuka semula terutama dari segi kesihatan awam.

“Misalnya pasar malam mendakwa selama ini pun tiada pula kluster pasar malam wujud, namun kerajaan sedia beri pertimbangan dan akan diumum dalam masa terdekat,” katanya. _ UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya