YouTuber ditahan cabul pelajar universiti - Utusan Malaysia

YouTuber ditahan cabul pelajar universiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis menahan seorang pencipta kandungan di YouTube (YouTuber) terkenal selepas dipercayai mencabul seorang pelajar universiti dalam kejadian di sebuah inap desa di Kubang Kerian, di sini empat bulan lalu.

Kejadian pada 2 Ogos lalu itu dipercayai berlaku ketika suspek menjalankan penggambaran drama YouTube di inap desa tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, siasatan mendapati suspek merupakan penerbit dan pengarah drama tersebut yang ditayangkan menerusi saluran YouTube miliknya.

Katanya, siasatan lanjut mendapati, mangsa yang berusia 24 tahun telah dihubungi oleh rakannya dan menawarkan untuk berlakon drama arahan suspek dengan bayaran RM600.

“Selesai menjalani penggambaran di inap desa itu, suspek telah mengajak mangsa yang berasal dari Jalan Dusun Muda di sini untuk tidur di situ dengan alasan masih terdapat sesi penggambaran pada esok hari.

“Semasa mangsa berseorangan di dalam sebuah bilik tidur, suspek telah masuk ke dalam bilik itu sebelum bertindak mencium, memeluk, meraba bahagian dada dan kemaluan mangsa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Abdul Rahim, suspek turut melakukan onani sebelum memancutkan air maninya ke muka mangsa.

Katanya, selepas empat bulan, mangsa tampil membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah Kota Bharu sini selepas terbaca mengenai kes yang melibatkan pendakwah selebriti dan merasakan kejadian sama berlaku kepadanya.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif daripada penyalahgunaan dadah dan tiada sebarang rekod jenayah. Suspek akan dibawa ke mahkamah untuk proses reman esok,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya