Terengganu dilanda banjir gelombang keempat - Utusan Malaysia

Terengganu dilanda banjir gelombang keempat

ANTARA rumah di Kampung Tebak yang dinaiki air selepas air Sungai Tebak melimpah ke kediaman penduduk di Kemaman hari ini.-UTUSAN/ NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Hujan lebat di beberapa kawasan pedalaman di negeri ini sejak tengah hari semalam menyebabkan Terengganu dilanda banjir gelombang keempat. 

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman berkata, setakat pukul 12 tengah hari ini, seramai 231 mangsa daripada 62 keluarga dipindahkan ke lima pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah terjejas. 

Katanya, jumlah tertinggi membabitkan daerah Kemaman dengan 203 mangsa yang kini ditempatkan di empat PPS di Masjid Sungai Mas, balairaya Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)Padang Kubu, dewan orang ramai Kampung Teladas dan balairaya Kampung Paya Berenjut. 

“Dungun pula mencatatkan 28 mangsa daripada enam keluarga yang dipindahkan ke dewan orang ramai Kampung Minda.

“Taburan hujan yang banyak di kawasan pedalaman menyebabkan limpahan air di sungai-sungai utama hingga banjir berlaku,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Terdahulu Che Adam berkata, tiga PPS di Setiu dan Besut yang menempatkan 39 mangsa sejak tengah malam tadi, bagaimanapun ditutup mulai pukul 9 pagi ini berikutan situasi banjir yang sudah pulih. 

Katanya, ketika ini keadaan cuaca semasa di Terengganu mendung dan kadang-kala hujan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.