Tanpa Pas, UMNO tarik ADUN pembangkang? - Utusan Malaysia

Tanpa Pas, UMNO tarik ADUN pembangkang?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANPA Pas, UMNO yang mempunyai 25 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) hanya memerlukan sokongan daripada lima wakil rakyat parti pembangkang untuk membentuk kerajaan negeri.

Jika tiga wakil rakyat Pas dalam DUN Perak enggan menyokong pembentukan kerajaan negeri yang baharu, UMNO boleh berbincang dengan mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mahu meninggalkan parti pembangkang dan menyokong UMNO untuk membentuk kerajaan.

Perkara itu lumrah dan terbukti dengan sejarah di mana ada sahaja ADUN yang akan menyokong kerajaan walaupun tidak berwakilkan mana-mana parti.

Keputusan Pas yang tidak menyokong pembentukan kerajaan negeri yang baharu disifatkan sebagai ujian terhadap keikhlasan parti itu untuk bekerjasama membentuk kerajaan Melayu Islam dan semangat Muafakat Nasional (MU) dan Perikatan Nasional (PN).

Pas sememangnya boleh untuk tidak menyokong UMNO membentuk kerajaan negeri di Perak, namun ia akan memberikan implikasi terhadap negeri ini dan memberi impak kepada negeri-negeri lain dan di peringkat Persekutuan juga.

Pas juga akan dilihat sebagai parti yang memenuhi cita-cita untuk berkuasa di Persekutuan dan tidak mempunyai prinsip untuk mendokong kerajaan Melayu Islam.

Dalam erti kata lain, agenda parti lebih besar daripada agenda nasional.

Menurut seorang penganalisis politik, adalah naif jika Pas Perak tidak mengetahui apa-apa gerakan untuk menukar Menteri Besar Perak.

“Sepatutnya Pas lebih mengetahui gerakan ini,” kata penganalisis tersebut.

Semalam, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, parti itu tidak menyertai usaha pembentukan kerajaan negeri Perak yang baharu selepas Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal mendapat sokongan majoriti sebagai Menteri Besar daripada ahli DUN Perak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN