Simpan hadiah motosikal Ustaz Ebit Lew dalam rumah - Utusan Malaysia

Simpan hadiah motosikal Ustaz Ebit Lew dalam rumah

AMRAN Ronggi bersama motosikal yang disumbangkan oleh Ustaz Ebit Lew ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kuala Masai, Pasir Gudang, Johor hari ini. - FOTO/KHAIRUL MOHD. ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Simpan motosikal yang diberi Ustaz Ebit Lew dalam rumah kerana bimbang dicuri.

Demikian dilakukan Amran Ronggi, 29, yang kisah motosikalnya terbakar ketika dalam perjalanan mendapatkan bantuan di Baitulmal menjadi tular dalam media sosial baru-baru ini.

Menurutnya, dia amat bersyukur dengan pemberian motosikal baharu oleh Ustaz Ebit Lew bagi menggantikan motosikal miliknya yang musnah dalam kebakaran di Plaza Tol Senai.

“Sejujurnya saya tidak mengenali siapa Ustaz Ebit Lew, ini kerana saya memang tidak aktif dengan media sosial.

“Tetapi saya amat terharu dan bersyukur dengan tindakannya yang hadir ke rumah saya dan memberikan sebuah motosikal baharu untuk kegunaan harian.

“Jika berhasrat untuk membeli sebuah motosikal baharu sendiri, mungkin saya perlu mengambil masa kira-kira tiga tahun untuk mengumpul duit,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kuala Masai, Pasir Gudang, di sini hari ini.

Pada 16 November lalu, Amran yang merupakan sebahagian daripada komuniti Orang Asli bersama dua orang anaknya menunggang motosikal untuk membantu bantuan sebelum tersesat jalan.

Ketika tiba di Plaza Tol Senai, motosikal ditunggangnya itu terbakar sebelum seorang anggota polis membantu memadamkan kebakaran itu.

Rakaman video kejadian tular dalam media sosial sehingga menarik perhatian pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ustaz Ebit Lew yang terus mengunjungi Amran untuk menghulurkan bantuan termasuklah sebuah motosikal baharu.

Ujar bapa kepada empat orang anak itu lagi, kerana bimbang motosikal baharu dicuri, dia bertindak menyimpannya di dalam rumah.

“Saya menyimpan motosikal ini di dalam rumah bagi memastikan keselamatannya kerana jika ditinggalkan di luar, saya tidak dapat melihatnya.

“Insya-Allah saya akan jaga dan gunakan motosikal ini sebaik-baiknya, saya juga mahu bekerja lebih keras untuk membantu ekonomi keluarga,” kata yang bekerja sebagai nelayan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.