Saya masih MB - Ahmad Faizal - Utusan Malaysia

Saya masih MB – Ahmad Faizal

AHMAD Faizal Azumu selepas menghadap Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta di Ipoh. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan beliau masih lagi memegang jawatan Menteri Besar sehingga pelantikan baharu jawatan itu dibuat.

Beliau berkata, kerajaan negeri sementara juga akan meneruskan semua program yang sudah dirancang kecuali yang membabitkan dasar dan keputusan besar.

“Saya telah berkesempatan menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan saya telah pun sembah maklum tentang apa yang berlaku dalam Sidang  Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pagi tadi.

“Saya telah sembah maklum tentang keadaan saya yang telah kehilangan majoriti dan tentunya Tuanku Sultan perlu buat beberapa pertemuan sehingga satu keputusan untuk memilih seorang daripada kalangan ahli dewan yang mempunyai majoriti secukupnya untuk membentuk kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadap sembah Sultan Perak, bagi memaklumka situasi semasa negeri di Istana Kinta di sini petang tadi.

Terdahulu kenderaan yang membawa Ahmad Faizal tiba di Istana Kinta pukul 5.15 petang dan dilihat keluar dari istana kira-kira pukul 5.45 petang.

Ahmad Faizal berkata, pertemuan bersama Sultan Perak berlangsung empat mata.

“Saya harap kemelut ini dapat diselesaikan segera dan harap semua rakyat bersabar,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal turut berharap supaya kerajaan Perikatan Nasional (PN) di negeri Perak tidak berpecah.

Beliau berkata, ini kerana melihat kepada kerjasama PN yang berlangsung di peringkat Pusat masih kekal.

“Pada saya kerajaan PN di Pusat masih bersama jadi saya minta PN di Perak juga tak berpecah,” katanya.

Mengenai kenyataan Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan yang menyatakan parti itu tidak akan sertai pembentukan kerajaan baharu Perak, Ahmad Faizal berkata, itulah kesannya jika sesuatu pihak hanya pentingkan maksud tertentu dalam membuat keputusan.

“Tindakan itu akhirnya tidak mendatangkan keuntungan kepada pihak lain dan akan menyukarkan penubuhan kerajaan negeri yang baharu,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya