Rezeki tengkujuh, mekanik raih RM7,000 jual bubu - Utusan Malaysia

Rezeki tengkujuh, mekanik raih RM7,000 jual bubu

MOHAMAD Sapawi Yunus, 40, dari Kampung Tok Fakir di Merchang, Marang menunjukkan bubunya yang laris dijual mencecah RM7,000 sepanjang musim tengkujuh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Mekanik dari Kampung Tok Fakir di Merchang di sini meraih pendapatan tambahan kira-kira RM7,000 hasil jualan bubu sepanjang musim tengkujuh, setiap tahun. 

Mohamad Sapawi Yunus, 40, berkata, permintaan yang tinggi pada musim itu membolehkan dia menjual purata sebanyak 200 bubu dalam tempoh empat bulan dari Oktober hingga Januari. 

Menurut bapa kepada tiga anak ini, dia mula membuat bubu sejak 2015 lagi dan dalam sehari boleh menghasilkan sebanyak 10 buah alatan menangkap ikan tradisional itu. 

“Lazimnya hendak menjual 10 bubu dalan sebulan memang susah tetapi apabila masuk musim tengkujuh, tempahan meningkat mendadak termasuk turut dijual di platform dalam talian seperti Shopee dan laman sosial Facebook serta WhatsApp. 

“Sebelum ini bubu dijual RM30 sebuah tetapi peningkatan kos barangan seperti besi, dawai dan plastik menyebabkan saya terpaksa menaikkan harga kepada RM35,” katanya ketika ditemui pemberita di sini baru-baru ini. 

Mohamad Sapawi berkata, bubu yang dihasilkannya diperbuat menggunakan jaring plastik kerana bahan itu lebih kukuh dan tahan lama berbanding daripada buluh.

Malah, katanya, kebanyakan pelanggan akan membuat pembelian semula kerana berpuas hati dengan kualiti bubu yang dihasilkan. 

“Berdasarkan maklum balas diterima ada kalangan pelanggan yang pernah mendapat sehingga 30 kilogram ikan baung dengan menggunakan bubu saya,” katanya. 

Menurut Mohamad Sapawi, sekiranya bubu yang dibeli pelanggan mengalami kerosakan semasa urusan penghantaran melalui khidmat pos, maka barangan itu akan diminta dikembalikan bagi dibaiki sebelum dihantar semula. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya