PRU-15 diramal berlangsung pada 2023 - Utusan Malaysia

PRU-15 diramal berlangsung pada 2023

MOHD. REDZUAN MD. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof menjangkakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)  tidak akan berlangsung dalam waktu terdekat.

Sebaliknya, katanya, beliau meramalkan PRU-15 akan diadakan menjelang tempoh penggal PRU-14 yang akan berakhir pada  2023.

Menurutnya, kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekarang berada pada kedudukan yang stabil terutama selepas sesi Parlimen lepas.

Malah, katanya, kedudukan kerajaan PN selepas ini juga akan menjadi lebih kukuh dengan  kewujudan satu muafakat yang masih dalam peringkat rundingan.

“Saya tak jangka pilihan raya umum akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Saya meramalkan (PRU-15) pada 2023,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi dialog Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) bersama pengusaha hotel Bumiputera Langkawi di Kuah,  di sini malam semalam.

Mohd. Redzuan yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) berkata, PRU-15 tidak diadakan dalam tempoh terdekat ini juga mengambil kira faktor negara masih berhadapan dengan pandemik Covid-19.

“Adakah ia perlu dilaksanakan atau dijalankan dalam masa terdekat, ketika pandemik Covid-19, kita tak mahu risiko orang keluar beramai-ramai untuk mengundi,” katanya.

Selain itu, beliau menambah, pada masa ini, kerajaan didapati mahu memfokuskan terhadap mentadbir urus negara termasuk dalam usaha memberi kesejahteraan kepada rakyat.

“Ia cuma boleh dicapai sekiranya kita boleh memampankan kerajaan dan meraih lebih banyak  sokongan daripada ahli Parlimen,” katanya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan PRU-15 wajar diputuskan lebih awal iaitu sebaik sahaja kes jangkitan Covid-19 reda atau vaksin pandemik itu mula diberikan kepada rakyat.

Pemerhati politik dan sosiologi, Prof Dr. P. Sivamurugan berkata, PRU-15 wajar diadakan segera bagi membentuk sebuah kerajaan yang lebih besar pada masa depan.

Sebelum ini, Muhyiddin berkata, PRU-15 akan diadakan sebaik pandemik Covid-19 berakhir.

Katanya, kerajaan tidak mahu PRU diadakan ketika pandemik wabak ini masih menular. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya