Pembukaan masjid, surau: Tunggu arahan Sultan Selangor - Utusan Malaysia

Pembukaan masjid, surau: Tunggu arahan Sultan Selangor

AMIRUDIN (dua dari kanan) menyampaikan sijil watikah perlantikan pasukan Speed Pemadam Selangor kepada seorang ahli Pemadam di bangunan SUK di Shah Alam, Selangor hari ini-UTUSAN/MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)  mempersembahkan prosedur operasi standard (SOP) bagi pembukaan masjid dan surau di seluruh negeri ini kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, antara SOP yang dipersembahkan ialah berkaitan bilangan jemaah yang dibenarkan untuk menunaikan solat berjemaah dan solat Jumaat, tatacara penganjuran majlis ceramah dan aktiviti kerohanian dan lain-lain lagi.

“Saya difahamkan semalam, JAIS serta Exco negeri yang bertanggungjawab dengan hal ehwal Islam telah menghadap Sultan Selangor bagi membentangkan cadangan untuk membuka masjid di Selangor.

“Selain itu, mereka juga membentangkan mengenai beberapa SOP bilangan jemaah yang dibenarkan untuk menunaikan solat berjemaah dan tatacara penganjuran majlis agama,” katanya ketika pemberita selepas merasmikan program Lorong Antidadah dan ibu pejabat Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini.

Ditanya bila masjid dan surau di negeri itu akan dibuka kepada orang awam menurutnya, Amirudin memaklumkan, kuasa membuka masjid dan surau terletak pada Sultan Sharafuddin sebagai ketua agama Islam di Selangor.

“Bagaimanapun, JAIS akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pembukaan masjid dan surau pada masa terdekat,” katanya.

Terdahulu, Pengarah JAIS, Mohd. Shahzihan Ahmad  telah memberikan kelonggaran menunaikan solat di semua masjid dan surau di daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.

Katanya, kelonggaran itu diberikan selepas mengambil kira trend dan skala penurunan jangkitan Covid-19 di tiga daerah tersebut. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya