Pasukan peribadi Sultan Ibrahim bantu mangsa kemalangan - Utusan Malaysia

Pasukan peribadi Sultan Ibrahim bantu mangsa kemalangan

SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pasukan perubatan peribadi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memberi rawatan kecemasan terhadap mangsa kemalangan jalan raya berhampiran Jalan Pasir Pelangi di sini hari ini.

Menerusi satu kenyataan dimuat naik dalam laman Facebook Baginda, pasukan berkenaan sedang dalam penugasan mengiringi Sultan Ibrahim.

“Anggota paramedik bersama juruteknik perubatan kecemasan yang ketika itu dalam penugasan bertindak memberhentikan ambulans untuk memberikan rawatan kepada mangsa sebaik melihat kemalangan itu. 

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan susulan,” jelas kenyataan itu.

Dalam pada itu, Sultan Ibrahim bertitah, Baginda sentiasa mengingatkan pasukan berkenaan supaya membantu mereka yang memerlukan. 

“Saya pesan kepada mereka, semasa bertugas mengiringi jika berlaku apa-apa kemalangan kepada orang awam, segera membantu dan juga berikan bantuan yang sewajarnya. 

“Dalam keadaan sebegini, lupakan saya, segera bantu mereka yang memerlukan bantuan,” titah Baginda.

Ambulans peribadi Sultan Johor dilengkapi dengan pelbagai peralatan klinikal seperti mesin bantuan hayat, mesin bantuan pernafasan dan alat defibrilator luaran automatik (AED).

Selain itu, ia dilengkapi mesin bantuan pernafasan automatik, termasuk peralatan bantuan rawatan luka kebakaran dan peralatan asas bantuan kemalangan jalan raya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya