Parlimen tubuh jawatankuasa tangani Covid-19 di penjara

Parlimen tubuh jawatankuasa tangani Covid-19 di penjara

RAIS YATIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebuah jawatankuasa dijangka akan ditubuhkan secara bersama membabitkan Dewan Negara dan Dewan Rakyat bagi mencari penyelesaian menangani isu Covid-19 di penjara.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, perkara itu telah diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa bersama yang diadakan sebelum ini.

Sehubungan itu katanya, kaedah penyelesaian sama ada melibatkan jangka panjang dan jangka pendek akan diguna pakai.

“Antara masalah dikenal pasti adalah disebabkan kesesakan di penjara. Kami mendapati bahawa penjara hanya boleh memuatkan sekitar 46,000 tahanan, tetapi sekarang kapasiti lebih daripada 62,000 tahanan.

“Sehubungan itu, kita akan bertemu dengan menteri untuk membincangkan hal ini agar langkah-langkah segera dapat dilaksanakan,” katanya kepada pemberita semalam.

Dalam pada itu, Rais berkata, mesyuarat turut bersetuju untuk mewujudkan Kaukus Parlimen Malaysia tentang kesejahteraan rakyat dan akan diformalisasikan secepat mungkin dibawah Peraturan Mesyuarat kedua-dua dewan.

“Kita perlu mencari langkah-langkah yang akan memastikan penjara di negara ini tidak sesak.

“Parlimen mempunyai tanggungjawab untuk meneliti masalah ini demi kesejahteraan rakyat dan dalam masa yang sama membantu kerajaan mengekang penyebaran Covid-19 di penjara secara keseluruhan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN