P.Pinang akan bantu pekerja Sony diberhentikan - Utusan Malaysia

P.Pinang akan bantu pekerja Sony diberhentikan

Datuk Abdul Halim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang akan membantu pekerja kilang Sony di Seberang Perai dekat sini yang bakal dibuang kerja diserap dalam sektor pekerjaan baharu.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Pembangunan Keusahawanan negeri, Datuk Abdul Halim Hussain berkata, mereka boleh dibantu menerusi lebih 9,000 peluang pekerjaan baharu yang tersedia di negeri ini.

Menurut beliau, peluang pekerjaan baharu itu terbuka hasil pelaburan langsung asing (FDI) bernilai RM10 bilion yang berjaya dijana negeri ini tahun ini.

Jelas Abdul Halim, pihaknya difahamkan kilang Sony yang sudah beroperasi lebih 30 tahun itu akan ditutup secara berperingkat sebelum menamatkan operasi sepenuhnya September tahun depan.

“Terdapat kira-kira 3,400 pekerja akan diberhentikan ekoran penutupan kilang itu iaitu masing-masing1,800 pekerja tempatan manakala 1,600 terdiri daripada warga asing,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Difahamkan, penutupan kilang itu dibuat dalam langkah penyusunan semula syarikat Sony di peringkat global dengan sebahagian pekerja ditawarkan pakej skim pemberhentian secara sukarela (VSS) manakala yang lain dipindahkan ke kilang di Bangi, Selangor.

Pulau Pinang sebelum ini mengumumkan berjaya meraih sebanyak RM1.5 bilion dalam pelaburan pembuatan yang diluluskan menjelang suku ketiga tahun ini menjadikan jumlah pelaburan pembuatan yang diluluskan sejak Januari hingga September lalu kepada RM10.6 bilion. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.